SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

''Yakin membuatkan segalanya menjadi mugkin''

Mari terokai Tanjung Sepang

Desa ini dikelilingi oleh 5 pulau kecil dan lautnya menjadi tempat habitat udangkara pelangi

Masjid Ar-Rahman

Masjid ini menjadi antara mercu utama desa ini, dengan rekabentuk yang cantik, masjid ini juga aktif dalam pelbagai aktiviti keagamaan.

Pantai Sungai Musoh

Desa ini Mempunyai pantai yang panjang dan cantik. Desa ini mempunyai sistem infrastruktur yang baik , antaranya jeti ikan yang mana nelayan menjadi sumber utama penduduknya mencari rezeki

Aktiviti Belia

Hadrah merupakan pemainan tradisi utama penduduknya. Pasukan Hadrah Timur (PAHAT) merupakan pasukan yang ditubuhkan oleh belia kampung ini bagi memastikan warisan ini tidak dilupakan.

Aktiviti Kumpulan Wanita dan JPKK

Pelbagai program telah disusun oleh JPKK bagi memastikan kampung ini begerak aktif dalam kemasyarakatan, ini bagi memastikan siratulrahim antara penduduknya seling terjalin, sepertimana moto kampung ini SEPAKAT MEMBWA BERKAT.

Rabu, 26 Oktober 2022

Lagu rasmi kampung 'Desa Bersama'




 Lagu Rasmi Kg Dato' Haji Abdul Ghani Othman. 'Desa Bersama'


Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul (chorus 2x)

Keceriaan, kebersihan, keselamatan, keamanan kampung..

Tanggungjawab kita bersama.


Bergotong-royong amalan mulia,

Mengasuhkan diri sehati sejiwa,

Dapat meringankan beban dan tenaga,

Segala-galanya di tanggung bersama

#  ulang rangkap 1 (satu)


Waktu ditetapkan mengembeling tenaga,

Tak mengira hari, tak mengira masa,

Demi keceriaan desa yang tercinta,

Disamping menjaga maruah dan bangsa.

#  ulang rangkap 1 (satu)


Kekalkan semangat bersatu padu,

Berpimpin tangan berganding bahu,

Bagi menuju matlamat yang satu,

Mancapai kejayaan diera yang baru,


Lirik: Syed Mohd Ali Bin Syed Abdul Ghani

Lagu: Usman Bin Rawa


Selasa, 25 Oktober 2022

Video Kenali Desa Kami


 Mari saksikan video pendek pengenalan tentang Kampung Dato' Hj Abdul Ghani Othman (Kg Baru). Video ini juga terkandung penorama menarik disisi kampung ini untuk tatapan dan pengetahuan para penonton.

Penorama Desa






Sabtu, 22 Oktober 2022

Salam Hormat Dan Kasih


 Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ribuan terima kasih saya ucapkan di atas komitmen dan usaha, maufakat serta kerjasama yang sangat baik oleh semua ahli JPKK pelaksana, belia dan seluruh warga kampung dalam memastikan pelaksanaan pembangunan serta segala program dan aktiviti kampung ini dirai dengan memberi kerjasama yang baik.

"Sepakat Membawa Berkat''

Tawaran Kami


SELAMAT DATANG KE DESA KAMI. Anda perlu menikmati kekayaan keindahan yang ditawarkan oleh kampung kami. Rasailah penginapan di chalet dan resort dikampung ini, pantainya yang cantik juga berhadapan dengan 5 pulau kecil sesuai untuk kaki pancing. Jumpa kami disini ya.
 

Terokai Tanjung Sepang


 Terokailah kampung tradisi ini. Pelbagai pakej yang ditawarkan. Terokai Pulau, menginap di resort, makan udang lobster di warong lobster dan pelbagai aktiviti di pantai.

Paluan Hadrah Timur (PAHAT)


 Paluan Hadrah Timur (PAHAT) telah ditubuhkan oleh belia kampung ini bagi memastikan warisan kesenian tradisional ini terus dimainkan untuk generasi seterusnya. Hadrah dari kampung ini pernah mencipta Malaysia Book Of Record pada tahun 2003 dalam bermain hadrah teramai. Pasukan Hadrah ini (PAHAT) sedia menerima tempahan sama ada didalam kampung atau jemputan luar.

Sejarah Kampungku


 Mengikut sejarah, pada sekitar tahun 1941 ketika zaman penjajahan Jepun, pasukan tentera Jepun telah mengarahkan penduduk di sekitar Kg Che Lahom, Kg Wakaf dan Telok Ramunia menanam ubi kayu dan keledek secara besar - besaran di sebuah kawasan di mana wujudnya Kampung ini sekarang. Penderitaan penduduk kampung sebagai buruh tani paksaan oleh tentera Jepun berakhir pada 1945 apabila tentera Jepun menyerah kalah. Setelah tentera Jepun meninggalkan Tanah Melayu, kawasan peninggalan ubi kayu dan keledek ini telah diterokai kembali untuk dijadikan penempatan baru.


     Pada tahun 1952, sebuah syarikat perusahaan “bauksit’‘ telah melakukan kerja-kerja pelombongan dan aktiviti-aktiviti perindustrian berat. Keadaan ini mendorong kebanyakkan penduduk yang tinggal dikawasan ini berpindah dikawasan penempatan baru (Kampung Baru) kerana kawasan yang mereka duduki tidak lagi selamat. Keluasan aktiviti ini semakin hari semakin membesar sehingga melampaui tanah kepunyaan orang kampung. Pepindahan ini melibatkan 2 (dua) buah kampung yaitu Kg Che Lahom dan Kg Wakaf.

    Pada awalnya hanya lebih kurang 30 orang penduduk kampung sahaja yang menetap dikawasan tersebut. Memandangkan kawasan tersebut subur untuk bercucuk tanam, semakin ramai yang telah bermigrasi ke Kampung Baru. Semakin lama wujudlah sebuah kampung yang dinamakan Kampung Baru yang juga merupakan rangkaian daripada Kampung Teluk Ramunia. Pada tahun 2007 nama Kampung Baru telah ditukarkan kepada nama Kampung Dato’ Hj.Abdul Ghani Othman.